comscore
Tumpuan :
Sukan

Dua gol Salah bantu Liverpool kembali catat kemenangan selepas dua kekalahan

Foto – web Premier League

LONDON: Penyerang Mesir, Mohamed Salah cemerlang mencetak dua gol untuk membantu Liverpool catat kemenangan 2-1 ke atas Tottenham Hotspur.

Salah yang sering dikritik berikutan prestasinya yang agak kurang menyerlah sejak awal musim ini berjaya menjaringkan kedua-dua golnya pada babak pertama, menceriakan skuad kendalian Jurgen Klopp, sekaligus turut mengakhiri dua kekalahan berturut-turut kepada Nottingham Forest dan Leeds United sebelum ini.

“Pada akhirnya bila kita melihat kepada karier Salah empat ke lima tahun kebelakangan ini, pasti ramai yang mengingatinya sebagai seorang penyerang yang hebat kerana apa yang telah dilakukannya cukup menakjubkan.

“Pada perlawanan ini, apa yang mengagumkan saya adalah Salah menjaringkan dua gol dan dia masih bermain secara berpasukan dan tidak mementingkan diri, ia tidak mengejutkan saya tetapi dia sering diajukan dengan persoalan tentang permulaan yang lemah dan dia perlu melakar hattrik untuk menjawab kritikan itu.

“Salah memberi keutamaan kepada pasukan mesti bertahan dan peluang akan datang selepas itu, memang saya ada lihat dia ada peluang keemasan, dan dia hanya mencuba dengan satu sentuhan, jika melakukan dengan dua sentuhan ruang lebih terbuka, jadi saya sangat berpuas hati dengan persembahannya, memang terbaik dengan sikap yang cukup professional,” kata Klopp pada sidang media selepas perlawanan.

Sementara itu, pengendali Tottenham Hotspur, Antonio Conte tidak menyalahkan pemainnya berhubung kekalahan yang dialami.

“Aksi separuh masa pertama, saya tetap melihat ianya satu persembahan positif, jika bertanya kepada saya, pasukan saya ketinggalan 0-2, ya, memang betul, tetapi sikap pemain yang mahu terus beri tekanan, ya memang gol kedua lawan terhasil kerana kita cuba memberikan tekanan, momentum permainan itu, sebagai contoh apa yang berlaku ke atas Eric Dier.

“Kita bermain secara terbuka untuk menguasai perlawanan dan menyukarkan Liverpool, tetapi kita ketinggalan 0-2 pada babak pertama, dalam bilik persalinan, saya tidak menyalahkan sesiapa, apa yang saya nyatakan adalah pemain-pemain harus meneruskan perjuangan berdasarkan perancangn dengan intensiti yang betul kerana saya tahu ia dapat menyukarkan Liverpool.

“Saya tahu semua kecewa dengan keputusan perlawanan, kali ini saya mahu ia di ambil ringan pemain-pemain, walaupun agak sukar untuk beraksi tanpa beberap pemain utama, kita telah menunjukkan kita tetap mampu bermain dengan baik,” kata Conte dalam sidang media.

Tottenham Hotspur menerima kunjungan Liverpool di London dengan pelawat jelas berada dalam kelas tersendiri apabila membuka jaringan pada minit ke 11 hasil sentuhan Mohamed Salah.

Dan Salah terus mempamerkan ketajaman apabila menggandakan jaringan peribadi pada minit ke 40, meletakkan Liverpool selesa mendahului 2-0 tamat separuh masa.

Spurs berjaya merapatkan kedudukan 1-2 selepas Harry Kane menyudahkan lorongan Dejan Kulusevski, namun segala usaha yang dilakukan untuk mencipta gol penyamaan tidak berhasil dengan keputusan 2-1 kekal sehingga tamat perlawanan.

Loading...
Terkini