comscore
Tumpuan :
Sukan

EURO 2024: Vertonghen bantu Les Bleus mara ke suku akhir

Aksi pemain Perancis, Kylian Mbappe bersama pemain Belgium, Amadou Onana pada pusingan 16 terakhir Euro 2024 di Duesseldorf Arena, Duesseldorf sebentar tadi. – FOTO: Reuters

DUESSELDORF, Jerman: Gol sendiri lewat perlawanan Jan Vertonghen membantu Perancis layak ke suku akhir Euro 2024 sebentar tadi apabila mereka mengatasi Belgium 1-0 dalam satu perlawanan tegang di Duesseldorf.

Perancis mendominasi pertembungan 16 terakhir itu tetapi penyudah tumpul mereka menyaksikan masa tambahan mungkin diperlukan hinggalah mereka akhirnya menemui gol diperlukan lima minit sebelum tamat.

Penyerang gantian Randal Kolo Muani mengutip hantaran N’Golo Kante dalam kotak penalti Belgium sebelum melakukan rembatan kencang yang ditampan masuk Vertonghen sekali gus memperdaya penjaga gol Koen Casteels.

Gol bertuah itu memacu naib juara Piala Dunia 2022 ke suku akhir di Hamburg awal pagi Sabtu ini.

Uniknya, Perancis masih belum menjaringkan gol daripada permainan terbuka dalam empat perlawanan, dimana kapten Kylian Mbappe meledak sekali menerusi sepakan penalti menentang Poland, manakala dua lagi gol mereka hadir daripada pemain pertahanan lawan.

Bagaimanapun mereka mempunyai benteng pertahanan yang kebal, sesudah hanya melepaskan satu gol menerusi sepakan penalti setakat ini.

Namun begitu, Perancis yang tampil sebagai pilihan utama untuk memenangi kejohanan kali ini sebelum tiba di Jerman, tetapi persembahan mereka pada peringkat kumpulan jauh daripada tahap sebenar.

Antoine Griezmann digugurkan daripada aksi terakhir kumpulan menentang Poland namun kembali dalam satu daripada dua pertukaran, dengan Marcus Thuram turut kembali ketika pemain sayap Ousmane Dembele dan Bradley Barcola terpaksa memberi laluan.

Penjaga gol Perancis, Mike Maignan akhirnya melakukan tindakan penyelamat 20 minit sebelum masa sebenar tamat, untuk menafikan rembatan kencang Lukaku dan sekali lagi bertindak cemerlang untuk mengecewakan Kevin De Bruyne.

Jelas satu gol boleh memastikan keputusan perlawanan itu dan Perancis mendapat peluang mereka pada minit ke-85 apabila Kante mengumpan kepada Kolo Muani, dan rembatannya ditampan masuk Vertonghen untuk membolehkan Les Bleus mara. – AGENSI

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini