comscore
Tumpuan :
Sukan

FAM dan MFL tinjau, hadiri taklimat penggunaan VAR di Liga S

FOTO: Malaysian Football League 

PETALING JAYA: Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan pengendali Liga Malaysia (Liga M) Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) terus meningkatkan pemahaman penggunaan video bantuan pengadil (VAR) dengan mengikuti pelaksanaan sistem berkenaan di Singapura.

Kunjungan selama dua hari itu diisi dengan taklimat dan melihat sendiri penggunaan VAR dalam saingan Liga Premier Singapura 2023.

Turut hadir ialah penaja penyiar dengan tuan rumah diwakili
Pemangku Presiden Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS), Bernard Tan, Setiausaha Agung, Yazeen Buhari dan Pengarah Jabatan Pengadil Nazeer Hussain.

FOTO: Malaysian Football League 

Kesemua mereka berpeluang meninjau secara dekat operasi VAR di pusat kawalan di Stadium Jalan Besar.

Malaysia sudah memulakan langkah untuk melaksanakan VAR di pertandingan domestik menerusi perbincangan perolehan sistem, kursus pengendalian dan beberapa perkara berkaitan pertengahan tahun ini.

FAM dan MFL merancang dapat menggunakan VAR seawal-awalnya hujung tahun ini iaitu aksi kemuncak Piala Malaysia.

Loading...
Terkini