comscore
Tumpuan :
Sukan

Lebih 100 penyokong bola sepak ambil peluang bersemuka dengan kepimpinan FAM

GONG BADAK: Sesi soal jawab ‘Townhall’ Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dengan penyokong mengambil tempat di Gong Badak semalam.

Ia antara program yang disusun dalam Festival Harimau Malaya bersempena penganjuran dua perlawanan persahabatan antarabangsa di negeri Terengganu.

Dalam sesi selama dua jam disertai lebih 100 orang itu, penyokong berpeluang melontarkan pertanyaan mahupun berkongsi idea membabitkan kepentingan pasukan kebangsaan secara amnya dan juga hal-hal berkaitan bola sepak tanah air.

Kebanyakan persoalan dijawab Presiden Datuk Hamidin Mohd Amin, yang diiringi dua Timbalan Presiden, Datuk Mohd Yusoff Mahadi dan Datuk S. Sivasundaram, tiga Naib Presiden, Datuk Seri Rosmadi Ismail, Mohd Joehari Mohd Ayub dan Datuk Posa Majais diikuti Presiden Liga Bola Sepak Malaysia (MFL), Datuk Ab Ghani Hassan.

Maklumat berkaitan agenda pembangunan akar umbi, penggunaan Stadium Nasional, Bukit Jalil (SNBJ), perancangan perlawanan persahabatan antarabangsa di negeri lain, kepengadilan, program naturalisasi, perjalanan saingan liga domestik dan perancangan ke pusingan akhir Piala Asia Januari nanti antara yang dikupas kedua-dua pihak.

Loading...
Terkini