comscore
Tumpuan :
Sukan

Fatin Nurfatehah pecah rekod kebangsaan di Paris

 

Fatin Nurfatehah Mat Salleh

 

KUALA LUMPUR: Pemanah elit wanita negara, Fatin Nurfatehah Mat Salleh meraih suntikan semangat pada Piala Dunia Memanah 2023 Peringkat 4 di Paris apabila memperbaharui rekod kebangsaan acara compound individu wanita, hari ini.

Atlet berusia 32 tahun itu mengumpul keseluruhan 704 mata selepas 72 panahan pada pusingan kelayakan bagi penentuan ranking sekaligus memadam rekod lama 701 mata yang dicatat di Piala Dunia 2023 Peringkat 1 di Turki, April lalu.

Fatin Nurfatehah dijadual bertemu pemanah dari Hong Kong, Ho Yan Tsang pada saingan pusingan pertama esok.

Sementara itu dalam acara compound individu lelaki, pemanah berpengalaman negara Mohd Juwaidi Mazuki mencatat 707 mata keseluruhan selepas 72 panahan di pusingan kelayakan bagi penentuan ranking dan akan bertemu pemanah Indonesia, Rajat Chauhan di pusingan pertama.

Acara compound campuran pula menyaksikan Fatin Nurfatehah-Mohd Juwaidi merakam 1411 mata keseluruhan dalam pusingan kelayakan dan layak ke pusingan penyingkiran 1/8.

Loading...
Terkini