comscore
Tumpuan :
Sukan

 Gol Fernandes bantu United kembali bersaing 

 

Rembatan pemain Manchester United, Bruno Fernandes melepasi halangan pertahanan Burnley, Jordan Beyer untuk menjaringkan gol kemenangan 1-0 pada Liga Perdana Inggeris di Turf Moor, Burnley awal pagi tadi. – Foto: Reuters

BURNLEY, ENGLAND: Jaringan tunggal Kapten Manchester United, Bruno Fernandes  membantu kemenangan tipis 1-0 ke atas Burnley dalam Liga Perdana Inggeris, awal pagi tadi, menamatkan rentetan tiga kekalahan berturut-turut dalam semua pertandingan.

Bintang Portugal itu menyempurnakan hantaran Jonny Evans pada masa kecederaan babak pertama.

Rembatan dilakukan masuk melepasi penjaga gol Burnley, James Trafford.

Terdahulu, jaringan Evans dibatalkan buat United .

Burnley turut mempunyai banyak peluang, namun tidak bernasib baik ketinggalan ketika rehat.

Babak kedua, pelawat lebih selesa dengan corak berhati-hati Burnley yang gagal mencipta peluang berbahaya.

Kemenangan ketiga United musim ini melonjakkan mereka ke tangga kelapan liga dengan sembilan mata daripada enam perlawanan.

Burnley pula sekadar mengumpul  satu mata daripada lima perlawanan dan terpaksa akur di tangga tercorot menerusi perbezaan gol.

Bagi Ten Hag, perlawanan ini nyata tekanan buatnya, selepas dua kekalahan berturut-turut liga di tangan Arsenal dan Brighton serta tunduk di Bayern Munich Rabu lalu.

Namun, lega apabila Fernandes menghasilkan detik berkualiti untuk membolehkan United kembali bersaing.

“Kami sedar kami mengalami momentum yang sukar tetapi kami juga tahu boleh bangkit daripada semua itu.

Jelas persembahan hari ini bukanlah yang terbaik tetapi kami mendapat tiga mata yang amat penting,” kata Fernandes.  “– REUTERS

Loading...
Terkini