comscore
Tumpuan :
Sukan

Gol Haiqal ceriakan Selangor

Pemain Selangor, Sharul Nazeem Zulpakar (kanan) berebut bola dengan Kapten Kedah, Sony Norde ketika perlawanan Liga Super 2024/2025 di Stadium MBPJ, Petaling Jaya malam ini. – FOTO: NSTP

PETALING JAYA: Selangor lega mencatat kemenangan pertamanya dalam Liga Super musim ini apabila menundukkan Kedah Darul Aman 1-0 di Stadium MBPJ, Petaling Jaya di sini malam ini.

Gol kemenangan Selangor dijaringkan Aliff Haiqal Lokman Hakim Lau pada minit ke-85.

Kemenangan itu membantu Selangor keluar dari kedudukan tercorot liga selepas dianggap tewas 0-3 kerana tidak turun padang bagi perlawanan Piala Sumbangsih dengan Johor Darul Ta’zim (JDT) yang turut diletakkan sebagai perlawanan pertama Liga Super bagi kedua-dua pasukan.

Sementara itu, pihak pengurusan Stadium MBPJ memasang skrin mendoakan agar pemain Selangor, Faisal Halim segera sembuh.

Penyokong bergambar di skrin yang memaparkan sokongan kepada pemain Selangor, Faisal Halim di Stadium MBPJ, venue perlawanan Liga Super 2024/2025 antara Selangor dan Kedah malam ini. – FOTO: NSTP

Skrin itu dipasang di bahagian luar dan dalam stadium ketika perlawanan itu berlangsung.

Mengikut laporan, Faisal ketika ini masih dirawat susulan masalah kelecuran yang dialaminya selepas disimbah dengan asid oleh individu tidak dikenali di sebuah pusat beli-belah di Petaling Jaya pada 5 Mei.

Sebelum ini, dalam satu lagi perlawanan yang berlangsung petang tadi, JDT menang 3-1 ke atas Negeri Sembilan di Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri.

Perlawanan di atas Perak dengan PDRM di Stadium Perak sedang berlangsung.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini