comscore
Tumpuan :
Sukan

Gol tunggal Kpah Sherman bantu Pahang kalahkan Perak

Pemain Sri Pahang FC, Kevin Langbehn Ingreso (kiri) diasak pemain Perak FC, Muhamad Afif Asyraf pada saingan Liga Super 2023 di Stadium Darul Makmur. – Foto NSTP/Farizul Hafiz Awang

KUANTAN: Sri Pahang FC mengukuhkan kedudukan di tangga keempat Liga Super apabila menundukkan Perak FC 1-0 di Stadium Darul Makmur, di sini petang tadi.

Gol kemenangan Pahang dijaringkan penyerang import, Kpah Sherman pada minit ke-55.

Keseluruhan permainan dikuasai Pahang terutama menerusi percubaan Stefano Brundo dan Kuvondik Ruziev.

Sesekali mendapat peluang, Perak hampir menghasilkan gol terutama menerusi percubaan pemain pertahanan, Raja Imran Shah Raja Amin dan pemain tengah, Baqiuddin Shamsuddin.

Keputusan ini membolehkan Pahang mengumpul 37 mata (11 menang, 4 seri, 3 kalah) daripada 18 perlawanan manakala Perak kekal di tangga ke-11 dengan 13 mata (3 menang, 4 seri, 11 kalah) juga daripada 18 perlawanan.

Loading...
Terkini