comscore
Tumpuan :
Sukan

Perak FC belasah Kelantan FC 8-0

Foto: Perak Football Club / Facebook

IPOH: Perak FC membenam Kelantan FC 8-0 di Stadium Perak, di Ipoh malam tadi dalam aksi ke-23 Liga Super.

Kemenangan itu adalah yang terbesar buat skuad The Bos Gaurus pada kempen musim ini sekaligus menggenggam tiga mata penuh di depan penyokong sendiri.

Malah, kejayaan itu juga membolehkan anak buah Yusri Che Lah terus mendaki tangga liga dengan meraih 22 mata setakat ini untuk berada di posisi kesembilan daripada 14 pasukan.

Foto: Perak Football Club / Facebook

Begitupun nasib malang terus menimpa Kelantan FC yang terus terperosok di dasar liga dan dilihat calon untuk diturunkan pangkat ke Liga M3 musim depan.

Dalam aksi berat sebelah itu, tuan rumah nyata menguasai aksi sepanjang 90 minit permainan dengan pelawat hanya mampu bertahan.

Pemain import Perak FC, Luka Milunovic mencetak hatrik apabila meledak gol masing-masing pada minit ke-13, 25 dan 33, manakala penyerang dari Korea Selatan, Seonung Seo mencetak dua gol di minit 49 menerusi sepakan penalti dan minit 66.

Selebihnya disumbangkan Wan Zack Haikal (m-17), Shivan Pillay (m-36) dan Luciano Guaycochea (m- 84).

Loading...
Terkini