comscore
Tumpuan :
Sukan

Hafizh raih satu mata pada saingan pembukaan WSBK

FOTO : HAFIZH SYAHRIN / FACEBOOK

KUALA LUMPUR: Pelumba negara, Hafizh Syahrin Abdullah berjaya mengutip satu mata pada saingan pembukaan Kejuaraan Superbike Dunia (WSBK) apabila menduduki posisi ke-15 di Litar Phillip Island, Australia hari ini.

Sekalipun beraksi dalam keadaan litar basah, pelumba pasukan PETRONAS MIE Racing Honda itu tetap tenang mengawal jentera Honda CBR1000 RR-R dengan baik untuk melintasi garisan penamat.

“Ini kali pertama saya berlumba dalam keadaan litar basah dengan jentera baharu. Semuanya masih baharu.

“Namun saya mengambil perlumbaan ini secara berhati-hati dan berjaya menamatkan perlumbaan. Saya agak bertuah kerana boleh menamatkan perlumbaan dan meraih mata.

“Perlumbaan hari ini boleh dianggap baik tetapi saya kena menunjukkan peningkatan terutamanya terhadap kelajuan untuk lebih rapat dengan pelumba lain,” katanya.

Hafizh akan menyertai dua lagi perlumbaan dalam saingan Superpole dan Perlumbaan 2, esok.

Perlumbaan 1 dimenangi pelumba Aruba.it Racing-Ducati, Alvaro Bautista manakala Jonathan Rea yang mewakili Kawasaki Racing Team WorldSBK berpuas hati di tempat kedua.

Tempat ketiga menjadi milik pelumba Pata Yamaha Prometeon WorldSBK, Toprak Razgatlioglu.

Loading...
Terkini