comscore
Tumpuan :
Tragedi

[VIDEO] Wanita maut, kereta dipandu tunang terbabas dalam parit

 

TELUK INTAN: Seorang wanita maut selepas kereta dipandu tunangnya terbabas ke dalam parit di Jalan Chui Chak-Langkap, petang semalam.

Mangsa dikenali sebagai Nurul Fatihah Ismail, 29, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pasukan perubatan Kementerian Kesihatan (KKM).

Pemandu, Zulhelmi Ibrahim, 30, dan seorang lagi penumpang wanita yang juga adik kepada pemandu berusia 28 tahun mengalami kecederaan.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri, berkata pihaknya menerima maklumat berkaitan nahas pada jam 6.30 petang.

“Siasatan awal mendapati, kereta Honda Civic yang dinaiki ketiga-tiga mangsa dalam perjalanan dari arah Kampung Ayer Hitam ke Langkap.

“Di lokasi kejadian, pemandu dipercayai terlanggar lopak air ketika memotong kereta di hadapan mereka, lalu terbabas ke dalam parit berair di kiri jalan.

“Akibat kemalangan, seorang wanita yang duduk di sebelah pemandu meninggal dunia di tempat kejadian. Pemandu lelaki cedera ringan di kaki, manakala seorang lagi penumpang wanita yang duduk di bahagian belakang cedera parah pada kepala,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

Penumpang lelaki yang berada di bahagian belakang dibawa keluar oleh orang ramai sebelum ketibaan pasukan bomba.

Katanya, mangsa yang cedera diberikan rawatan oleh pasukan perubatan KKM, manakala mangsa maut diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Loading...
Terkini