comscore
Tumpuan :
Sukan

Hangzhou 2022: Skuad e-sukan raih perak, akur kehebatan China

Foto NSTP

HANGZHOU: Hasrat skuad e-sukan negara melakar kejutan, seterusnya mengutip pingat emas pertama negara tidak kesampaian, apabila tewas 0-2 di tangan tuan rumah China pada aksi final permainan Arena of Valor (AoV).

Skuad negara dibarisi Nicholas Ng, Yong Zhang Quan, Lai Chai Chein, Ong Jun Yang, Eng Jun How dan Chong Han Hui.

Apa sekalipun, ia satu pencapaian yang membanggakan memandangkan pasukan negara cuma berkesempatan berhimpun selama dua minggu untuk menjalani latihan pusat.

Menurut pengurus pasukan, Wong Kang Woon, sebelum aksi final, pasukan negara mempunyai empat pemain profesional yang terbabit secara aktif dalam liga dan bukan sesuatu yang mudah untuk mereka berlatih bersama.

Malaysia mara ke perlawanan akhir selepas menundukkan Vietnam 2-0 pada separuh akhir, satu perlawanan yang dianggap sukar oleh ketua pasukan, Chai Chein.

Ini kali pertama e-sukan dipertandingkan di Sukan Asia selepas diperkenalkan sebagai acara demonstrasi pada edisi 2018 di Jakarta-Palembang.

Loading...
Terkini