comscore
Tumpuan :
Sukan

Hangzhou 2022: Pemenang pingat Sukan Asia negara dihadiah jam pintar

PUTRAJAYA: Pencapaian cemerlang kontinjen negara di Sukan Asia ke-19 membuka banyak mata apabila sumbangan atlet terus dihargai.

Pemenang-pemenang pingat di Hangzhou 2022 hari ini menerima hadiah tambahan iaitu jam pintar hasil tajaan sebuah syarikat teknologi.

Majlis serahan disaksikan Menteria Belia dan Sukan  Hannah Yeoh di pusat beli belah di Putrajaya dihadiri kira-kira 30 atlet negara.

Pasukan sepak takraw lelaki yang membawa pulang dua pingat perak, atlet terjun iaitu Datuk Pandelela Rinong Pamg, skuad berbasikal trek lelaki dan wanita serta ekues Muhammad Qabil Ambak Mahamad Fathil dan pelayar Nur Shazrin Mohd Latif antara yang hadir mengambil ganjaran.

Malaysia mengakhiri saingan di Sukan Asia Hangzhou di kedudukan ke-14 keseluruhan daripada 45 negara dengan kutipan enam kilauan emas, lapan pingat perak serta 18 gangsa berjumlah 32 keseluruhan mengatasi 27 yang disasarkan.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini