comscore
Tumpuan :
Sukan

Harry Kane cipta rekod jaringan Tottenham Hotspur

Harry Kane meraikan kemenangan Tottenham Hotspur – REUTERS

LONDON: Harry Kane mencipta sensasi apabila berjaya memecahkan rekod jaringan untuk memnberikan kemenangan 1-0 buat Tottenham Hotspur ketika berdepan Manchester City dalam aksi Liga Perdana Inggeris awal pagi tadi.

Skuad kendalian Pep Guardiola kini boleh merapatkan perbezaan dua mata dengan pendahulu Arsenal sekiranya meraih kemenangan di utara London tetapi jaringan Kane pada separuh masa pertama, yang kini menjadi penjaring terbanyak sepanjang zaman Tottenham dengan 267 gol menjadikan The Gunners terus menguasai carta liga.

City di tempat kedua berada lima mata di belakang Arsenal yang mempunyai satu perlawanan dalam tangan akan menerima kunjungan anak buah Guardiola 15 Februari ini.

Ia akan menjadi pertembungan mesti menang untuk City jika mereka menaruh harapan mengatasi skuad Mikel Arteta yang turut tercicir mata selepas mengalami kekalahan mengejut kepada Everton 0-1.

Ditanya betapa kecewanya terlepas peluang untuk merapatkan jurang dengan Arsenal, Guardiola memaklumkan : “Ya, sudah tentu, Arsenal kehilangan beberapa mata setakat ini dan sudah tentu ada peluang yang dilepaskan.

“Arsenal juga tercicir mata, dan memang ia peluang keemasan. Penting untuk merapatkan jurang dengan Arsenal dan meninggalkan tempat kelima, Tottenham ketika ini, masih jauh.

“Kami tidak berada di posisi untuk berfikir tentang menjadi juara,” kata Guardiola.

Stadium baharu Tottenham menjadi mimpi ngeri buat City sejak ia dibuka pada tahun 2019.

Mereka tewas kesemua lima perlawanan di situ dan masih belum menjaringkan sebarang gol di Stadium Tottenham Hotspur.

Selepas mengawal peringkat awal permainan, persembahan City merosot sebaik Kane menjaringkan gol bersejarahnya.

Dengan Kevin De Bruyne bermula di bangku simpanan dan Phil Foden tidak berada dalam skuad kerana tidak sihat, City tidak cukup kreatif untuk mencipta peluang buat Erling Haaland.

Haaland, yang dikawal ketat Cristian Romero sebelum pertahanan Tottenham itu dilayangkan kad merah, gagal membuat sebarang percubaan tepat buat pertama kali sejak berpindah dari Borussia Dortmund musim lalu.- HARIAN METRO

Loading...
Terkini