comscore
Tumpuan :
Sukan

Manchester City mara ke final Piala FA

Bernardo Silva meraikan gol tunggal perlawanan yang membawa Manchester City ke pentas final. – FOTO: Reuters

LONDON: Manchester City mara ke final Piala FA menerusi kemenangan tipis 1-0 ke atas Chelsea di Stadium Wembley.

Jaringan tunggal Bernardo Silva membawa City ke final Piala FA untuk dua tahun berturut-turut.

Pemain tengah itu meledak gol kemenangan selepas menyambut hantaran lintang Kevin de Bruyne ketika saingan berbaki enam minit.

Chelsea hanya boleh menyalahkan diri sendiri selepas deretan peluang gagal disudahkan yang menyaksikan Wembley sekali lagi memberikan kekecewaan kepada mereka selepas mereka tumbang di tangan Liverpool pada aksi final Piala Liga.

Kontroversi tercetus apabila Chelsea tidak dihadiahkan sepakan penalti pada babak kedua apabila sepakan percuma Cole Palmer terkena tangan Jack Grealish dan Video Bantuan Pengadil (VAR) mengesahkan ia bukan penalti.

City bakal bertemu seteru tetangga, Manchester United ataupun pasukan Liga Kejuaraan, Coventry City di final nanti. – AGENSI

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini