comscore
Tumpuan :
Sukan

Hee Chan wira Wolves

Hwang Hee Chan (dua dari kiri) menjaringkan gol tunggal kemenangan Wolves mengatasi Burnley pada aksi Liga Perdana Inggeris di Stadium Molineux, Wolverhampton awal pagi tadi. – FOTO REUTERS

WOLVERHAMPTON: Penyerang Korea Selatan, Hwang Hee Chan menceriakan penyokong Wolverhampton Wanderers di arena sendiri selepas menjaringkan gol kemenangan 1-0 ke atas Burnley pada aksi Liga Perdana Inggeris awal pagi tadi.

Hee Chan memastikan tiga mata berharga Wolves apabila menyempurnakan hantaran  Matheus Cunha yang bijak memanfaatkan kesilpan lawan berbaki tiga minit perlawanan.

Itu gol kelapan Hee Chan pada saingan liga.

Pada aksi babak pertama, Burnley berpeluang untuk berada di depan, namun penjaga gol tuan rumah,  Daniel Bentley berada pada prestasi terbaik untuk menggagalkan percubaan berturut-turut Jay Rodriguez dan Josh Brownhill.

Kemenangan ini  membolehkan Wolves melonjak ke tangga ke-12 kedudukan liga dengan 18 mata daripada 15 perlawanan.

Manakala Burnley,  kekal  terdampar di zon penyingkiran, di tangga ke-18 dengan tujuh mata daripada 15 perlawanan cuma dua mata di atas pasukan tercorot Sheffield United.

Loading...
Terkini