comscore
Tumpuan :
Sukan

Impian JDT untuk bergelar juara awal disekat Kedah

Foto Facebook FAM

ALOR SETAR: Impian Johor Darul Ta’zim (JDT) untuk bergelar juara Liga Super musim ini lebih awal, tertangguh apabila Kedah Darul Aman FC (KDA FC) mengikat keputusan seri 3-3 pada aksi di Stadium Darul Aman, di sini.

Harimau Selatan itu yang pastinya mahu melakar sejarah `Perfect 10′ dengan menjuarai Liga Super kali ke-10 berturut-turut namun terpaksa menunggu sedikit masa lagi.

JDT kini mengumpul 61 mata selepas mengharungi 21 perlawanan liga musim ini.

Pada aksi penuh sengit di depan hampir 12,000 penonton ini, tuan rumah diasak oleh JDT menerusi tandukan pada minit kelima oleh Bergson Da Silva namun percubaannya itu ditepis penjaga gawang Kedah, Ifwat Akmal.

Kedah cuba bangkit dengan percubaan Moses Atede pada minit kesembilan hasil rembatan jarak jauh namun mudah diselamatkan penjaga gawang JDT, Syihan Hazmi.

Percubaan Kedah untuk membuka tirai jaringan di laman sendiri terhasil apabila penyerang utamanya Ifedayo Olusegun menanduk bola masuk ke gawang JDT pada minit ke-35 bermula dari sepakan sudut Manuel Hidalgo sekali gus menggamatkan suasana Stadium Darul Aman.

Bermula babak kedua, Kedah terus menggadakan serangan selepas mendapat motivasi di babak pertama dan hasilnya, kapten pasukan Manuel Ott menambah gol kedua pada minit ke-49 menerusi percubaan cantik hantaran Manuel Hidalgo.

Terkesan dengan dua gol dibolosi, JDT segera bangkit kembali dengan gol tandukan pemain pertahanannya, Corbin Ong selang tiga minit kemudian selapes menerima hantaran tandukan pemain gantian Shane Lowry.

Kedudukan 2-1 itu bagaimanapun tidak kekal lama apabila JDT yang mendapat keyakinan gol pertama terus manambah jaringan kedua untuk menyamakan kedudukan melalui pemain importnya Heberty Fernandes pada minit ke-55.

Kedah melakukan dua percubaan masing-masing melalui Ifedayo Olusegun dan Manuel Ott pada minit ke-62 dan 66 namun gagal menghasilkan gol.

JDT tidak menunggu lama apabila pemain sayapnya, Arif Aiman meletakkan JDT di depan pada minit ke-73 hasil rembatan lajunya di bahagian kiri gawang Kedah sekali gus menjadikan kedudukan 3-2.

KDA bagaimanapun melakukan kejutan pada minit akhir babak kedua apabila pemain gantian, Amirbek Juraboev yang mendapat hantaran dari Manuel Hidalgo merembat bola bagi menyamakan kedudukan buat Kedah.

Loading...
Terkini