comscore
Tumpuan :
Sukan

Inter Miami temukan semula ‘Tata’ Martino dan Messi 

Inter Miami pertaruh formula Argentina menerusi gandingan ‘Tata’ Martino dan Messi. Foto : Inter Miami FC /Facebook

MIAMI: Selepas membuat kejutan dengan mengikat pemain terbaik dunia Lionel Messi, Inter Miami meneruskan proses memperkuat pasukan di Liga Bola Sepak Utama (MLS) Amerika Syarikat itu dengan membawa masuk jurulatih baharu Gerardo ‘Tata’ Martino.

Individu tersebut bukanlah nama asing lagi kepada pengikut Messi, memandangkan kedua-duanya bersama bersatu di Barcelona dari 2013 hingga 2014.

Beliau menggantikan Phil Neville yang dipecat awal bulan ini disebabkan momentum buruk skuad itu dalam liga.

“Kami amat gembira untuk menyambut kedatangan Tata ke Inter Miami. Kami berasakan beliau seorang jurulatih yang menyamai cita-cita kelab ini sekaligus optimis dapat mencapai sesuatu bersama,” jelas Pemilik Urusan Jorge Mas.

Ini juga bukan tugasan pertama Tata Martino di Amerika Syarikat berikutan pernah membimbing Atlanta United bermula 2016 hingga menjulang Piala MLS pada 2018.

Bekas pemain kebangsaan Argentina itu yang berkongsi tempat kelahiran dengan Messi di Rosario, pernah melatih barisan La Albiceleste, Paraguay dan Mexico.

Loading...
Terkini