comscore
Tumpuan :
Sukan

Messi cipta sejarah lagi menang Ballon d’Or kelapan

PARIS: Lionel Messi memenangi gelaran Ballon d’Or kelapannya, manakala pemenang Piala Dunia Wanita dari Sepanyol, Aitana Bonmati mengungguli kategori wanita.

Messi terpilih selepas kejayaannya membantu Argentina menjuarai Piala Dunia di Qatar tahun lalu – meledak tujuh gol dan dinobatkan pemain terbaik kejohanan.

Kejayaan ini lebih bermakna buat Messi yang terpaksa bersaing dengan bintang-bintang baharu lebih muda seperti Erling Haaland dan Kylian Mbappe.

“Ini adalah hadiah buat seluruh pasukan Argentina di atas pencapaian kami. Selamat Hari Jadi Diego (Maradona). Ini untuk anda juga,” kata Messi yang menerima trofi daripada pemilik bersama pasukan Inter Miami, David Beckham.

Mbappe adalah pesaing utama Messi untuk anugerah berkenaan, muncul penjaring terbanyak Piala Dunia dengan lapan gol, termasuk hatrik di final namun pasukannya, Perancis tewas kepada Argentina menerusi penentuan penalti.

Namun bekas rakan sepasukan Messi di PSG itu hanya di tangga ketiga, di belakang Haaland yang meledak 52 gol dalam 53 penampilan untuk Manchester City ketika menjuarai treble musim lalu.

Messi, 36, memenangi Ballon d’Or pertamanya pada tahun 2009, tiga mengatasi pesaing utamanya, Cristiano Ronaldo.

Loading...
Terkini