comscore
Tumpuan :
Sukan

Joe Ee Mahu Fokus Pelajaran, Izzah Intai Peluang Kejohanan Dunia

FOTO: Berita Harian

SEPANG: Selepas cemerlang menyumbang dua pingat emas buat kontinjen negara di temasya Sukan Komanwel Birmingham 2022, gimnas negara, Ng Joe Ee mahu berehat seketika bagi memberi tumpuan sepenuhnya kepada peperiksaan .

“Sudah tentu saya akan kembali fokus kepada pelajaran. Selepas berusaha lebih setahun setengah untuk persiapkan diri menyertai Sukan Komanwel, kini sudah tiba masanya untuk saya fokus kepada SPM yang akan bermula Mac tahun depan,” katanya ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada Selasa.

Joe ee mencipta sensasi apabila berjaya menyumbang dua pingat emas buat Kontinjen Malaysia di Birmingham selepas mengungguli disiplin bola dan riben dalam acara Gimrama.

Kejayaan itu turut menyaksikan kontinjen negara mencapai sasaran enam emas yang diletakkan pada temasya kali ini.
Skuad gimrama negara turut meraih satu gangsa daripada Izzah Amzan dalam disiplin belantan.

Mengulas mengenai pencapaiannya di Birmingham, Izzah mengakui gembira kerana prestasinya lebih baik berbanding edisi empat tahun lalu di Gold Coast.

Gimnas berusia 22 tahun itu turut berkongsi perancangannya selepas ini yang sedang mengintai slot untuk beraksi di kejohanan dunia di Bulgaria, September depan.

“Sudah tentu saya berharap dapat beraksi di Kejohanan Dunia tahun ini dan kalau dapat, ia akan menjadi penampilan ketiga. Pada penampilan pertama saya menduduki tempat ke-67 all-around dan yang kedua di tempat ke-57.

“Jadi, kalau pergi kali ini saya harap dapat memperbaiki ranking dunia saya. Saya cuba untuk berada dalam kelompok 50 terbaik,” kata Izzah.

Loading...
Terkini