comscore
Tumpuan :
Sukan

Johor pandang serius kejadian menimpa Siti Nurul Masyitah

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan & Koperasi Negeri, Mohd Hairi Mad Shah bertemu ibu mangsa, Saloma Ramli, 58, dan abangnya, Muhammad Syafiq Md Elias, 29, di sebuah hospital swasta di Iskandar Puteri, Johor – FOTO: NSTP

ISKANDAR PUTERI: Kerajaan negeri bersimpati dengan nasib malang menimpa atlet kayak kebangsaan, Siti Nurul Masyitah Md Elias yang masih menerima rawatan di unit rawatan rapi (ICU) selepas terbabit kemalangan jalan raya.

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri, Mohd Hairi Mad Shah berkata, kerajaan negeri memandang serius kejadian menimpa atlet berkenaan.

“Kita berharap segala kos pembelajaran selepas dia kembali sihat dibiayai Kementerian Belia dan Sukan.

“Daripada kos lain, kita sedang menunggu kenyataan rasmi daripada Kementerian Belia dan Sukan, dan dijangka timbalannya akan mengunjungi Siti Nurul Masyitah esok.

“Manakala kita juga akan menyusul cadangan di peringkat kerajaan negeri mahupun kementerian supaya atlet dicarum insurans,” katanya ketika mengunjungi Siti Nurul Masyitah di Hospital Columbia Asia di sini hari ini.

Sementara itu, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) dalam suatu kenyataan menyatakan Politeknik Ibrahim Sultan (PIS) menubuhkan satu jawatankuasa khas membantu penuntutnya, Siti Nurul Masyitah yang juga atlet kayak negara selepas terlibat kemalangan di bandar raya ini pada Sabtu.

Menurutnya, sebagai permulaan sejumlah RM3,000 sudah disumbangkan Jabatan Hal Ehwal Pelajar (JHEP) dan Majlis Sukan Politeknik (MSP).

Siti Nurul Masyitah mengalami kecederaan retak bahu kanan, tulang pingggul dan luka di bahagian kaki selepas terlibat kemalangan dengan sebuah kereta dipandu lelaki mabuk dalam kejadian di Lebuhraya Penyuraian Trafik Timur (EDL) di sini pada jam 4.30 petang Sabtu lalu.

Loading...
Terkini