comscore
Tumpuan :
Sukan

KBS harap media tempatan beri liputan menyeluruh Sukan Para Asia Hangzhou 2022

Foto: Konfederasi Hoki Malaysia/ Facebook

PUTRAJAYA: Liputan menyeluruh terhadap pencapaian atlet para negara pada Sukan Para Asia Hangzhou 2022 di China diharap dilaksanakan media tempatan.

Itu harapan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh kerana melalui elemen itulah ia dapat mengangkat nama atlet para selain memastikan keberadaan mereka dirasai, sekali gus menarik lebih ramai pihak untuk memberikan penajaan pada masa akan datang.

“Kalau boleh saya minta semua media terlibat, tak semestinya hantar orang ke sana untuk membuat liputan.

cfazczaazFoto: Konfederasi Hoki Malaysia/ Facebook

“Saya percaya walaupun tidak ada yang hantar, mereka boleh berbincang sesama media untuk bantu mempromosikan atlet-atlet para agar mereka tahu yang mereka disokong oleh rakyat Malaysia,” kata beliau.

Hannah diminta mengulas berhubung perkara berkenaan selepas difahamkan kurang daripada tiga agensi media tempatan akan membuat liputan temasya sukan itu berbanding Sukan Asia 2022 yang berakhir baru-baru ini, di venue sama.

Beliau kepada demikian kepada pihak media selepas majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Speedmart Sdn Bhd dengan Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) dan Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) di sini hari ini.

MoU  menyaksikan MPM menerima penajaan berjumlah RM750,000 sementara KHM menerima RM1.2 juta dalam usaha memberi suntikan semangat kepada barisan atlet negara yang berjuang membawa nama Malaysia di pentas dunia.

Loading...
Terkini