comscore
Tumpuan :
Sukan

MHC gesa KBS tambah peruntukan buat ISN

KUALA LUMPUR: Dalam usaha  mempertingkatkan prestasi atlet dan  menyediakan perkhidmatan kepada atlet dengan lebih optimum sebagai persediaan menyertai kejohanan lebih besar di peringkat antarabangsa, Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) mencadangkan supaya Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menaikkan peruntukan kepada Institut Sukan Negara (ISN).

Presiden MHC, Datuk Seri Subahan Kamal berkata, kekangan kewangan kepada ISN menyebabkan persatuan sukan seperti MHC terpaksa mengambil jurulatih fizikal dari luar negara supaya pemain hoki bebas kecederaan dan lebih bersedia.

 

“Saya bukan mahu merungut, tetapi ISN mungkin berdepan kekangan dana dan kekurangan kakitangan sehingga mereka terpaksa membahagi-bahagikan kerana hoki bukanlah satu-satunya sukan yang memerlukan bantuan.

“Sekiranya ada doktor atau tukang urut mengikut kita ke mana-mana kejohanan, kita perlu bayar perkhidmatan mereka serta kos lain seperti penginapan.

“Sebab itu saya cakap, daripada bayar, lebih baik kita gajikan jurulatih luar negara dengan kos hampir sama, KBS boleh bantu dengan memberikan lebih banyak dana kepada ISN,” kata Subahan.

Tambah beliau, sekiranya mahu sukan Malaysia berjaya, kerajaan perlu memperuntukkan lebih banyak dana.

” Jika sukan tidak jadi keutamaan, jangan cakap pasal nak pergi jauh,”  kata beliau pada majlis memperkenalkan penaja minuman rasmi bagi Kejohanan Hoki Piala Dunia Remaja Lelaki 2023 di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil, sebentar tadi.

Loading...
Terkini