comscore
Tumpuan :
Sukan

Kehadiran Faisal Halim cetus kemenangan besar Selangor 

PETALING JAYA: Pemain sayap sensasi Selangor dan Harimau Malaya Mohamad Faisal Abdul Halim bersama isteri dan anaknya hadir
di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) di sini, hari ini untuk menyaksikan Selangor FC menentang Negeri Sembilan FC bagi saingan Piala FA 2024/2025.

Nyata kelibat Faisal yang lebih dikenali dengan panggilan Mickey itu membawa langkah kanan untuk pasukannya.

Selangor FC menempa tiket ke peringkat suku akhir dengan bergaya selepas menjinakkan Negeri Sembilan FC 4-0.

Khamis lepas, pemain berusia 26 tahun itu membuat penampilan pertama di khalayak umum pada sidang media khas di Pusat Latihan Selangor FC di Shah Alam selepas insiden disimbah asid oleh individu tidak dikenali di sebuah pusat membeli-belah di sini, awal bulan lalu.–BERNAMA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini