comscore
Tumpuan :
Sukan

Kelantan FC hampir pasti tersingkir pada saingan Liga Super musim 2024-2025

Skuad Kelantan FC meniti laluan berliku untuk sertai Liga Super musim 2024-2025. – FOTO: JDT Southern Tigers/ Facebook

KUALA LUMPUR: Peluang Kelantan FC untuk meneruskan cabaran dalam saingan Liga Super musim depan tampak sukar selepas tidak diberikan lesen kebangsaan oleh First Instance Body (FIB).

Mesyuarat Pelesenan Kelab Liga Bolasepak Malaysia (MFL) FIB yang diadakan secara dalam talian, semalam membuat keputusan bahawa Kelantan FC gagal memperolehi lesen kebangsaan sekali gus menyaksikan mereka tidak layak bertanding dalam saingan Liga Super musim 2024-2025.

Bagaimanapun Kelantan masih diberikan peluang untuk mengemukakan rayuan kepada Badan Rayuan Pelesenan Kelab MFL sebelum tarikh akhir pada 8 Januari sebelum jam 5 petang terhadap keputusan FIB.

Pengerusi FIB, Sheikh Mohd Nasir Sheikh Mohd Sharif, berkata pihaknya juga turut melakukan semakan dengan pihak berkaitan sebelum membuat kata putus tidak keluarkan lesen kebangsaan kepada The Red Warriors.

“Pihak FIB juga telah melakukan semakan bersama Persatuan Pemain Bolasepak Professional Malaysia (PFAM) dan Persatuan Jurulatih Bolasepak Malaysia (PJBM) bagi memastikan bahawa pembayaran gaji telah dilakukan oleh pihak Kelantan.

“Namun begitu, setelah semakan dibuat, terdapat beberapa pemain dan pegawai yang masih belum menerima gaji bulan Ogos 2023 atas beberapa sebab.

“Seterusnya bagi langkah kedua, pihak FIB mengarahkan Kelantan menjelaskan semua lima kes Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) yang mempunyai keputusan sebelum 31 Ogos 2023 sebelum atau pada 31 Disember 2023 jam 5 petang, bagaimanapun pihak FIB tidak menerima sebarang dokumen sehingga tarikh akhir.

“Kelantan FC juga tidak menghantar bukti resit bayaran ansuran bulanan mengikut jadual yang ditetapkan oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) untuk tunggakkan sehingga Ogos 2023,” katanya.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini