comscore
Tumpuan :
Sukan

Kim Swee harap skuad terbaik Sabah FC kekal

Kim Swee bersama pemain tonggaknya Park Tae Su pada sidang media pra perlawanan menentang PSM Makassar di Kota Kinabalu hari ini.

KOTA KINABALU: Sabah FC akan melengkapkan saingan Kumpulan H Piala AFC menentang kelab Indonesia, PSM Makassar di arena sendiri, Stadium Likas, malam esok.

Sudah mengesahkan ke pusingan separuh akhir Zon Asean, pengendali Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee berkata,  beliau tetap melihat perlawanan itu sesuatu yang penting untuk persiapan melangkah ke pusingan seterusnya dan yang mustahak  memastikan perancangan dan latihan selepas berakhir musim ini yang mungkin akan membabitkan ‘pre session’ dan ‘all session’ untuk berdepan lawan yang masih belum diketahui pada separuh akhir nanti.

Sabah FC menempah tiket ke separuh akhir Piala AFC Zon Asean lebih awal selepas menewaskan Hougang United FC 4-1 di Singapura pada 30 November lalu.

Berbaki satu perlawanan, kedudukan Sabah FC di tangga Kumpulan H tidak dapat dicabar lagi dengan 12 mata, Haiphong FC dan Makassar di tangga kedua dan ketiga masing-masing mengumpul tujuh mata, manakala Hougang United FC dengan tiga mata di tangga tercorot.

Bagaimanapun, Kim Swee mengakui persiapan skuad Sang Badak itu pasti terjejas sekiranya berlaku pertukaran atau perpindahan pemain beramai-ramai.

“Kalau kami tukar pemain secara beramai-ramai sudah tentu ia menyukarkan, tapi kalau kekalkan pasukan terbaik, ia tentunya akan membantu persiapan.

“Tapi, dalam setiap pasukan, memang lumrah pada awal musim apabila ada pemain baharu dan pemain yang akan keluar. Jadi, kami harus meneliti dengan terperinci siapa pengganti dan siapa pemain akan hadir,” katanya

Loading...
Terkini