comscore
Tumpuan :
Sukan

Sabah FC belum putuskan ‘ikat’ Stamboulidis

Kehadiran Stamboulidis dalam sesi latihan mula diperkatakan bakal menguatkan Sabah FC musim ini. – FOTO: Ihsan Sabah FC.

KOTA KINABALU: Pengendali Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee mengesahkan setakat ini pengurusan pasukan belum memutuskan untuk menandatangani kontrak pemain import baharu yang hangat diperkatakan, Charalampos Stamboulidis.

Pemain yang berasal dari Australia itu mula dikatakan akan menjadi senjata import terbaru apabila dilihat berlatih bersama pasukan.

“Sabah FC masih meneliti prestasi dan keupayaan sebenar pemain itu menerusi sesi latihan pasukan sebelum menyerahkan kepada pengurusan pasukan untuk membuat keputusan rasmi sama ada mengambil Haris atau sebaliknya.

“Saya lihat prestasinya cukup positif dan kami akan umumkan dalam masa terdekat sama ada pemain baharu ini akan menandatangani (kontrak) atau tidak,” katanya mengulas kehadiran Haris.

Stamboulidis, 27, pemain yang mampu beraksi di posisi pertahanan dan tengah pernah mewakili skuad bawah-19 Greece.

Menurut Kim Swee, setakat ini Sabah FC masih mengekalkan pemain import sedia ada untuk membantu pasukan mengekalkan kedudukan antara lima kelompok pasukan terbaik Liga M.

Ketika ini, Sabah dibarisi tujuh pemain import iaitu Ramon Machado, Telmo Castanheira, Gabriel Peres, Miguel Angel Garrido Cifuentes atau Cifu, Park Taesu, Kwang Ming Ko dan Saddil Ramdani.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini