comscore
Tumpuan :
Sukan

Lee Zii Jia bawa pemain Thailand berlatih bersama

BUKIT KIARA: Hari keempat latihan skuad badminton kebangsaan di Bukit Kiara menjelang Sukan Asia Hangzhou, menyaksikan kehadiran perseorangan utama Lee Zii Jia.

Sedikit menjadi tumpuan, Zii Jia turut membawa sama rakan sparring, yang juga pemain Thailand, Kantaphon Wangcharoen.

Menurut Zii Jia, dia telah berlatih bersama Kantaphon sejak bulan lalu, sebelum bermulanya Kejuaraan Dunia di Copenhagen.

Oleh kerana sesi persiapan menghadapi Sukan Asia ini tidak dianggap latihan pusat dan cuma latihan persendirian untuk pemain kebangsaan, kehadiran Kantaphon dibenarkan Persatuan Badminton Malaysia.

“Kita pun sama-sama training program sama then cuma kita pun bagi dia satu environment yang bagus untuk train sama sama lah sebab dia pun same age with me and kita pun bestfriend and yeah of course anyone welcome, saya sangat welcome dia training sama-sama. I think we both side pun ada benefit lah”, jelas Zii Jia.

Zii Jia kini berada di kedudukan ke-16 dunia manakala Kantaphon ke-36 dunia.

Badminton antara prospek pingat negara dalam memenuhi sasaran 27 pingat di  Sukan Asia Hangzhou.

Begitupun suasana latihan skuad badminton hari ini tanpa kelibat seorang lagi pemain harapan negara Ng Tze Yong.

Tze Yong dikhabarkan menarik diri dari sesi latihan atas sebab  kesihatan.

Latihan skuad negara berakhir esok dan berlepas ke Hangzhou, Isnin ini.

Loading...
Terkini