comscore
Tumpuan :
Sukan

Mari dalam keadaan baik – Monza

FOTO: REUTERS

ROME: Pemain Arsenal yang dipinjamkan ke kelab Itali, Pablo Mari dalam keadaan baik selepas pembedahan susulan insiden dia ditikam dalam serangan di pasaraya, kata kelabnya, Monza.

Kelab Serie A itu mengesahkan, pertahanan berusia 29 tahun dari Sepanyol itu dalam keadaan baik selepas pembedahan.

Arsenal meminjamkan Mari kepada Monza pada musim panas lalu.

Mari menjalani pembedahan di hospital Niguarda selepas cedera ditikam ketika membeli-belah bersama isteri dan anak-anaknya semalam.

Menurut Monza, Mari akan berehat untuk beberapa hari lagi di hospital sebelum dibenarkan pulang.

Semalam, beberapa orang diserang di pasaraya di Assago berhampiran Milan, oleh seorang lelaki yang mengalami masalah mental. Seorang terkorban dalam insiden itu.

Lelaki berusia 46 tahun itu ditahan polis, selepas bekas pertahanan Napoli dan Inter Milan, Massimo Taranto berjaya menewaskannya.

“Kami akan menghubunginya, saya harap dia tidak apa-apa,” kata pengendali Arsenal, Mikel Arteta selepas kekalahan 2-0 di tangan PSV Eindhoven. – AFP

Loading...
Terkini