comscore
Tumpuan :
Sukan

MFL pertimbang semula keputusan ke atas Selangor FC

PETALING JAYA: Ahli Lembaga Pengarah Malaysian Football League (MFL) mengurangkan denda yang dikenakan ke atas Selangor FC daripada RM100,000 kepada RM60,000 dan membatalkan pemotongan tiga mata ke atas pasukan itu susulan ketidakhadiran kelab itu ke Perlawanan Sumbangsih yang juga aksi pertama Liga Super menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Sultan Ibrahim pada 10 Mei lalu.

“Pertimbangan semula ini dibuat sebagai menjunjung kasih dan menghormati titah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah,” jelas MFL menerusi kenyataan di Facebook sebentar tadi.

Menerusi kenyataan itu, MFL menjelaskan terdapat empat keputusan yang dibuat pada 24 Jun lalu telah dipertimbangkan semula antaranya pembatalan tiga mata Liga Super 2024-2025, bagaimanapun jika Selangor FC mengulangi kesalahan yang sama, kes tersebut akan dibawa ke jawatankuasa tatatertib dan hukuman yang lebih tegas dan keras boleh dikenakan.

Menurut MFL lagi, bayaran pampasan kerugian yang ditanggung pasukan tuan rumah JDT dan MFL dikekalkan.

“⁠Bayaran pampasan kerugian yang ditanggung pasukan tuan rumah JDT dan MFL dikekalkan. – MFL akan mengumpul maklumat dan kos yang dikemukakan oleh JDT dan Sekretariat MFL sebelum diserahkan kepada Selangor FC untuk semakan dan perbincangan selanjutnya.”

Turut dibatalkan keputusan larangan kemasukan penonton ke perlawanan Liga Super minggu ke-14 antara Selangor FC dan JDT di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya.

“Larangan kemasukan penonton ke perlawanan Liga Super (LS14) melibatkan Selangor FC menentang JDT di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya dibatalkan.

“Penonton dibenarkan untuk menghadiri perlawanan tersebut.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini