comscore
Tumpuan :
Sukan

Misi Arsenal, United elak aksi play-off Liga Europa

FOTO: REUTERS / PAUL CHILDS

Oleh Hazreen Mubarak

PARIS: Arsenal dan Manchester United memburu kemenangan pada perlawanan terakhir peringkat kumpulan Liga Europa bagi memastikan tempat dalam kelompok 16 terakhir.

United akan mengelak aksi play-off sekiranya mereka menang dengan jurang dua gol atau lebih dalam kunjungan ke Real Sociedad.

Cristiano Ronaldo dan Marcus Rashford menemui sasaran dalam kemenangan 3-0 ke atas Sheriff Tiraspol minggu lalu.

United kendalian Erik ten Hag juga melonjak ke tangga kelima Liga Perdana Inggeris selepas kemenangan 1-0 ke atas West Ham Ahad lalu, dengan Rashford meledak gol ke-100nya untuk kelab.

Pendahulu Liga Perdana Inggeris, Arsenal mendahului saingan kumpulannya dan lebih selesa berbanding anak buah Ten Hag.

Mereka perlu menang di laman sendiri menentang Zurich atau berharap PSV Eindhoven tersungkur di tangan kelab Norway, Bodo/Glimt.

Skuad kendalian Mikel Arteta sudah pasti mahukan kemenangan bagi mengelak aksi play-off, Februari nanti.

Menikut format pertandingan, hanya juara kumpulan mara secara automatik ke pusingan kalah mati.

Naib juara pula akan mengharungi aksi play-off secara timbal balik berdepan salah satu daripada lapan pasukan, termasuk Barcelona yang tercicir dari Liga Juara-Juara.

Setakat ini hanya empat pasukan sudah mengesahkan tempat dalam kelompok 16 terakhir – Real Betis, Union Saint-Gilloise, Freiburg dan Ferencvaros.

Loading...
Terkini