comscore
Tumpuan :
Sukan

NS FC ada ‘hajat’ besar berdepan Selangor FC

Azzmi Aziz.-Foto: NS FC


Oleh: Abdullah Sani

PETALING JAYA: Saingan bola sepak Piala FA menyaksikan tiga tiket terakhir ke suku akhir menjadi rebutan hari ini dan perlawanan yang menjadi tumpuan, pertemuan Selangor FC menentang Negeri Sembilan FC, (NS FC) di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, MBPJ petang ini.

Intipati debaran perlawanan  itu pastinya menjurus kepada keazaman NS FC menebus kekalahan besar 0-4 di tangan jaguh Lembah Klang itu pada aksi Liga Super 26 Mei lalu.

“Kekalahan adalah proses untuk mencapai sesuatu yang lebih baik dan pemain sudah belajar selepas menyaksikan semula rakaman perlawanan itu,” kata ketua jurulatih Azzmi Ab Aziz NS FC ketika dihubungi Buletin TV3.



Tambah Azzmi yang mengakui kehebatan Selangor antara pasukan terbaik di negara ini, pemain sedar kecuaian pada babak kedua perlawanan ketiga Liga Super itu menyaksikan lawan berjaya mengambil kesempatan meskipun NS FC berjaya mengimbangi lawan sepanjang babak pertama.

“Pemain dah nampak kecuaian dan salah sendiri yang menjadi punca kekalahan.

“Malah mereka juga mengakui tidak fokus sehingga gagal melaksanakan perancangan yang telah dilakar sepanjang 90 minit permainan.

“Pada perlawanan itu kami juga sebenarnya  berpeluang menjaringkan gol tetapi gagal menyempurnakannya ,” kongsi Azzmi yang musim lalu mengendali skuad PDRM.

Azzmi mendedahkan sepanjang dua minggu. mereka telah melakukan  persiapan rapi dan menilai semula kesilapan menjelang perlawanan menentang Selangor yang dijadual jam 5.30 petang ini.

“Alhamdullillah pemain pun berada dalam keadaan cergas dan bebas daripada kecederaan.

“Bezanya pertemuan lalu (Liga Super) kali ini perlawanan kalah mati, kami tidak terlalu bergantung kepada serangan balas akan akan menekan lawan.

“Bagaimanapun kami perlu berhati-hati, elak terperangkap dengan keghairahan sendiri, seperti saya kata tadi Selangor bukan lawan mudah,” ujar Azzmi yang pernah mewakili pasukan remaja Selangor satu masa lalu.

Lima pasukan yang telah mara ke suku akhir setakat ini ialah Universiti Malaysia, Kuching FC, Penang FC, Kedah Darul Aman FC dan Terengganu FC.

Dua lagi perlawanan pusingan 16 hari ini, Johor Darul Ta’zim (JDT) menentang Kelantan United dan Sabah FC bertemu KL Rovers.

Mengakhiri perkongsiannya bersama Buletin TV3, Azzmi tidak meyembunyikan impiannya untuk mengalahkan Selangor, bukan sahaja mara ke suku akhir Piala FA,lebih penting melonjak moral pasukan dalam saingan Liga Super.

Selepas dua perlawanan Negeri Sembilan gagal meraih kemenangan tewas 1-3 di tangan JDT dan terbaharu di tangan Selangor FC, 0-4

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

 
 
Loading...
Terkini