comscore
Tumpuan :
Sukan

Nur Jannaton raih emas pertama PARA SUKMA

FOTO: NSTP / HAIRUL ANUAR RAHIM

KUALA LUMPUR: Graduan jurusan Fizik Perubatan Universiti Sains Malaysia (USM), Nur Jannaton Abdul Jalil memenangi pingat emas pertama Para Sukan Malaysia (Para SUKMA) 2022 dalam acara memanah compound terbuka wanita, petang tadi.

Pemanah kebangsaan yang mewakili Perak menepati ramalan muncul juara selepas mengumpul 637 mata.

Dia sekali gus mengetepikan dua pencabar dari Pulau Pinang Nazirah Md Noor dan Nor Sa’adah Abdul Wahab yang berpuas hati dengan perak serta gangsa.

Nazirah mengumpul 590 mata, manakala Nor Sa’adah mengutip 571 mata.

Nur Jannaton, 27, menyifatkan pencapaian kali ini sangat istimewa buat dirinya memandangkan ia adalah emas pertama dimenanginya dalam saingan individu sepanjang dua kali penyertaan pada Para SUKMA.

Penyertaan pertamanya pada edisi di Perak 2018, dia menang pingat emas acara beregu wanita.

Untuk rekod, Nur Jannaton turut cemerlang di peringkat atarabangsa apabila meraih gangsa Kejohanan Para Memanah Asia di Bangkok, pada 2019.

Selain itu dia memenangi pingat emas compound beregu campuran Para ASEAN, di Solo, Indonesia, Ogos lalu.

Nur Jannaton yang sudah layak ke temasya Para Asia Guangzhou, tahun depan turut mengintai peluang untuk melayakkan diri ke Sukan Paralimpik Paris 2024. – BERITA HARIAN

ENDS.

Loading...
Terkini