comscore
Tumpuan :
Sukan

Nurul Izzah sambar emas pecut, Datuk Azizul ungguli kategori elit lelaki

FOTO : Azizulhasni Awang / Facebook

HONG KONG: Skuad basikal negara membuka tirai kempen Piala Trek Antarabangsa Hong Kong dengan cemerlang apabila memungut dua pingat emas dan satu gangsa.

Saingan di Velodrom Hong Kong itu menyaksikan jaguh Datuk Mohd Azizulhasni Awang mengungguli acara pecut elit diiringi Muhammad Shah Firdaus Sahrom di podium ketiga.

Datuk Azizul ditabal selaku juara menewaskan Kang Shih Feng dari Taiwan yang meraih pingat perak.

Dalam satu lagi acara serupa kategori wanita, Nurul Izzah Izzati Mohd Asri menampilkan kayuhan mantap dengan muncul juara.

Pelumba berusia 20 tahun itu menewaskan Park Jihae dari Korea Selatan yang terpaksa akur meraih pingat perak, diikuti rakan senagara Kim Haeun di tempat ketiga dengan seorang lagi pelumba negara Anis Amira Rosidi di kedudukan keempat.

 

Loading...
Terkini