comscore
Tumpuan :
Sukan

PDRM FC ‘gari’ Kelantan FC 4-1

FOTO: NSTP

KOTA BHARU: PDRM FC menang bergaya apabila membenam Kelantan FC 4-1 dalam aksi Liga Super di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, malam tadi.

Pelawat terlebih dahulu menjaringkan gol awal pada minit ke-15 menerusi import, Marcus Macauley.

Nabil Ahmad Latpi terus menambah derita tuan rumah apabila berhasil menjaringkan gol kedua buat PDRM pada minit ke-33 menerusi rembatan kencang dalam kotak penalti.

Tandukan import Nigeria, Ismaheel Akinade pada minit 35 untuk mencari gol buat Kelantan terlalu lemah dan mudah dibaca penjaga gol lawan, Mohamad Ramdhan Ab Hamid yang melakukan tangkapan kemas.

Memasuki babak kedua, peluang terhidang luas buat Uche Agba yang merembat deras bola ke gawang tuan rumah untuk menghadiahkan gol ketiga The Cops pada minit ke-65.

Jaringan penalti Bruno Suzuki mengesahkan kemenangan anak buah Azzmi Aziz pada minit ke-88 untuk gol keempat.

Gol saguhati The Red Warrios akhirnya muncul melalui Cifu pada masa kecederaan menyaksikan Kelantan FC terus gagal meraih tiga mata di laman sendiri.

Loading...
Terkini