comscore
Tumpuan :
Sukan

PDRM pertingkat kawalan keselamatan menjelang Piala Sumbangsih 2024

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain.

PETALING JAYA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberi jaminan tahap keselamatan menjelang perlawanan Piala Sumbangsih 2024 antara Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Selangor FC yang dijadualkan Jumaat ini akan dipertingkat.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, seperti yang dinyatakan Ketua Polis Johor, persediaan keselamatan pegawai dan anggota polis akan dipertingkatkan.

“Keanggotaan diatur dengan begitu ramai dan rapi.

“Ini bagi memastikan keselamatan keseluruhan semua pihak termasuk pemain dan peminat,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Mengulas mengenai adakah perlawanan itu akan ditangguh, Razarudin berkata, perkara itu terletak di bawah keputusan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL).

“Saya percaya keselamatan semua pihak akan terjamin,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini