comscore
Tumpuan :
Sukan

PELAYARAN: Aksi hari pertama RLIR 2023 bermula lewat

Kelab Kapal Layar Diraja Langkawi, RLYC.

Oleh Hasnida Hanim Ahmad Kamil

LANGKAWI: Hari pertama Kejohanan Regatta Antarabangsa Diraja Langkawi RLIR 2023 yang sepatutnya berlangsung jam 9.30 pagi tadi terpaksa bermula lewat iaitu jam 11 pagi.

Ia susulan ketiadaan angin di sekitar Pelabuhan Kuah yang hanya berkelajuan antara 3 hingga 5 knot sekaligus merencatkan sedikit persiapan pasukan-pasukan bertanding.

Menurut Pengarah Regatta RLIR 2023, Azlan Abdullah menjadi harapan pihaknya untuk menyaksikan perlumbaan musim ini akan dapat menjadi pemangkin untuk menarik lebih ramai lagi generasi muda menyertai sukan ini.

“Hampir 30 peratus peserta edisi kali ini merupakan muka baharu ianya memberikan petanda positif mengenai perlumbaan ini.”

“Dan saya berharap ianya dapat menarik lebih ramai anak muda menyertai sukan ini dan pastinya ingin mempromosikan Langkawi sebagai hub sukan pelayaran dan Malaysia amnya.”

RLIR 2023 menyaksikan pembabitan 177 peserta menerusi 25 kapal layar dalam 11 kategori yang dipertandingkan daripada 8 buah negara antaranya Malaysia, Thailand, Denmark yang akan berlangsung sehingga Sabtu ini.

Loading...
Terkini