comscore
Tumpuan :
Sukan

Hangzhou 2022: Nur Shazrin sumbang pingat emas pertama buat negara

HANGZHOU: Malaysia berjaya meraih emas pertama kontinjen negara pada hari ke-4 temasya menerusi pelayar Nur Shazrin Mohamad Latif dalam acara perseorangan wanita bagi kategori Handed Dinghy ILCA 6, kejayaan itu juga menyaksikan Shazrin turut layak beraksi ke Sukan Olimpik Paris 2024.

Selepas penantian yang penuh debaran, atlet berusia 25 tahun dari Pasir Gudang, Johor itu berjaya mengekalkan kedudukan pertama selepas berjuang dengan keadaan ombak sukar di Pusat Pelayaran Ningbo Xiangshan, lebih 170 km dari sini.

Nur Shazrin, yang berada di kedudukan teratas dengan 25 mata penalti selepas 11 perlumbaan hingga lima hari pertandingan setakat semalam, dinobatkan sebagai pemenang selepas perlumbaan terakhir hari ini dibatalkan kerana kekurangan angin untuk menjalankan pertandingan itu di Tasik Dongqian.

Keadaan itu sekali gus, membantu pemenang pingat gangsa pada temasya Jakarta-Palembang 2018, menukar warna pingatnya ke emas, serta melayakkan Nur Shazrin untuk beraksi di Sukan Olimpik Paris 2024.

Pelayar Hong Kong Stephanie Norton (37 mata) meraih perak, manakala gangsa menjadi milik Victoria Jing Hua Chan (38 mata) dari Singapura.

Semalam, Asnawi Iqbal Adam turut mengesahkan pingat pertama bagi Malaysia selepas meraih gangsa acara ILCA 4 lelaki, manakala Tengku Nurani Ezaty Tengku Khairudeen turut menyumbang gangsa menerusi Windsurfing RSX Wanita.

Loading...
Terkini