comscore
Tumpuan :
Sukan

Penggunaan atlet naturalisasi jejaskan program pembangunan atlet tempatan

PUTRAJAYA: Pesuruhjaya Sukan, Suhardi Alias berpandangan meskipun penggunaan atlet naturalisasi mampu memberikan kesan positif bagi tempoh jangka masa pendek, namun jika berterusan ia dibimbangi akan merencatkan program pembangunan atlet tempatan dalam tempoh jangka masa panjang.

“Sebagai Pesuruhjaya Sukan, saya tiada kuasa (dalam proses meluluskan pengambilan atlet naturalisasi). Kami bagaimanapun tidak menentang pengambilan atlet naturalisasi. “Namun, kita perlu melihat perkara ini untuk tempoh jangka masa panjang.

“Contohnya dulu Singapura mengambil atlet naturalisasi dari negara lain dan ini mewujudkan keresahan dalam kalangan rakyat negara itu.

“Jerman pernah membuat sedemikian mengambil atlet-atlet naturalisasi untuk bermain dalam liga bola sepak mereka dan mengakibatkan mereka kekurangan penyerang.

“Penyerang selalunya ramai ada di Jerman tetapi tugas berkenaan diambil oleh naturalisasi (import) dan kemudian akan pulang ke negara asal mereka.

“Kalau kita lihat impak jangka pendek memang ia mempunyai kesan positif tetapi jika kita mahu melihat perkembangan sukan kita secara holistik kita mesti ada pelan jangka panjang untuk bangunkan atlet tempatan.

Beliau berkata  selepas Majlis Pelancaran Kejohanan Triatlon Piala Asia (ATC) di sini, hari ini.

Justeru  tegas beliau, Malaysia perlu memperhebatkan lagi program pembangunan atlet tempatan bagi melahirkan bakat baharu yang mampu menyerlah seperti pemain bola sepak kebangsaan, Faisal Halim berbanding terus bergantung kepada atlet ‘import’.

“Apabila kita membangunkan atlet tempatan, kita akan dapat melahirkan bakat seperti Faisal Halim. Kita perlu melahirkan lebih ramai pemain seperti Faisal untuk membolehkan sukan kita lebih berdaya saing,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini