comscore
Tumpuan :
Sukan

Perak jumpa JDT di separuh akhir Piala Malaysia

FOTO: Perak Football Club/ Facebook

KUALA LUMPUR: Perak mencipta kejutan apabila menempah slot separuh akhir Piala Malaysia selepas menewaskan Sabah 1-0 dalam aksi suku akhir kedua di Stadium Perak, Ipoh, sebentar tadi.

Keputusan itu menyaksikan skuad Bos Gaurus mara dengan agregat 3-2 selepas terikat 2-2 dalam aksi pertama di Stadium Likas, 15 September lalu.

FOTO: Perak Football Club/ Facebook

Turun tanpa kelebihan agregat jaringan, aksi rancak dan saling berbalas serangan dipamerkan kedua-dua pasukan untuk mencari gol pendahuluan sebaik permainan dimulakan.

Perak bagaimanapun terlebih dahulu menyumbat gol apabila hantaran bijak Sunday Afolabi pada minit ke-45 disudahkan Wan Zack Haikal Wan Nor.

Sabah hampir menyamakan kedudukan pada minit ke-74, namun rembatan Ramon Machado di dalam kota penalti sekadar singgah di palang gol.

FOTO: Perak Football Club/ Facebook

Kelebihan satu gol itu bagaimanapun berjaya dipertahankan Perak hingga tamat permainan untuk mencipta kejutan melangkah ke separuh akhir selepas berdepan prestasi buruk pada awal musim ini.

Laluan Perak pada separuh akhir cukup mencabar apabila bertemu juara bertahan Johor Darul Ta’zim (JDT)yang akan berlangsung 20 Oktober depan.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini