comscore
Tumpuan :
Sukan

PIALA MALAYSIA: Sabah gagal manfaat peluang berdepan Perak

FOTO: MFL

KOTA KINABALU: Perak FC meraih suntikan semangat menjelang suku akhir kedua Piala Malaysia 2023 apabila mengikat Sabah FC 2-2 di Stadium Likas, sebentar tadi.

Sabah terlebih dahulu menyingkap gol pembukaan menerusi tandukan Darren Lok seawal minit keeempat.

Bagaimanapun enam minit kemudian, Perak berjaya menyamakan kedudukan hasil penyudah Luciano Guaycochea.

Seimbang pada babak pertama, tuan rumah kendalian Datuk Ong Kim Swee sekali lagi pantas meledak jaringan kali ini melalui Ramon Machado, seminit selepas babak kedua bersambung.

Jaringan itu tidak mematahkan semangat anak buah Yusri Che Lah dan hasilnya Perak menyamakan kedudukan buat kali kedua hasil sumbangan Wan Zack Haikal Wan Noor, minit ke-54.

Tersentak dengan situasi itu, Sabah cuba meningkatkan tempo permainan namun keputusan 2-2 kekal sehingga wisel penamat.

Aksi suku akhir kedua Piala Malaysia diantara Perak menentang Sabah dijadual berlangsung di Stadium Perak, Ipoh, 25 September ini.

Loading...
Terkini