comscore
Tumpuan :
Sukan

Perlawanan Malaysia-Thailand dijangka berlangsung dalam hujan

FOTO: METMALAYSIA meramalkan hujan melanda SNBJ, malam esok. – Aswadi Alias / NSTP

Kuala Lumpur: Aksi separuh akhir pertama Piala AFF 2022 antara Malaysia dengan Thailand di Stadium National Bukit Jalil (SNBJ), malam esok diramal berlangsung dalam keadaan hujan.

MetMalaysia melalui laman Facebook (FB) rasminya hari ini, memaklumkan cuaca di sebelah pagi dan petang dijangka baik, namun diramal hujan pada waktu malam.

Suhu pula dijangka antara 24 darjah Selcius hingga 32 darjah Selcius pada hari itu.

Skuad Harimau Malaya kendalian ketua jurulatih, Kim Pan-gon mara ke separuh akhir Piala AFF 2022 selepas menundukkan Singapura 4-1 pada aksi terakhir Kumpulan B di gelanggang sama, Selasa lalu. – HARIAN METRO

Loading...
Terkini