comscore
Tumpuan :
Sukan

PIALA DUNIA 2022: Kemenangan Brazil hadiah buat Pele

Pemain-pemain Brazil raikan kejayaan mara ke suku akhir Piala Dunia 2022 selepas membelasah Korea Selatan 4-1 di Stadium 974, Doha dengan memberi penghargaan kepada legenda bola sepak Brazil, Pele. – Foto AFP

DOHA: Brazil menampilkan persembahan terbaiknya di Piala Dunia 2022 ketika membelasah Korea Selatan 4-1 untuk menempah pertemuan dengan Croatia di suku akhir.

“Kami mengimpikan gelaran ini, sudah tentu. Hari ini adalah perlawanan keempat, masih berbaki tiga. Kami fokus untuk mendapatkan kejuaraan,” kata Neymar yang kembali memulakan permainan selepas pulih daripada kecederaan buku lali.

Selepas kekalahan Jepun di tangan Croatia menerusi penentuan penalti, dan Australia tewas kepada Argentina, penyingkiran Korea Selatan bermakna ketiga-tiga wakil Asia tewas di peringkat kalah mati.

Pengendali Korea Selatan, Paulo Bento menenangkan anak buahnya selepas tewas kepada Brazil dalam aksi 16 terakhir Piala Dunia 2022 di Stadium 974, Doha. – Foto AFP

Selepas gagal menjaringkan gol di babak pertama dalam perlawanan-perlawanan sebelum ini, juara lima kali Brazil menebusnya dengan meledak empat gol ketika menentang Korea Selatan.

Mereka memerlukan hanya tujuh minit untuk meruntuhkan pertahanan Korea Selatan bagi gol pertama jaringan Vinicius Jr.

Gelagat Neymar, Vinicius Junior, Raphinha dan Lucas Paqueta selepas tundukkan Korea Selatan 4-1 di Stadium 974, Doha – Foto AFP

Lima minit kemudian Richarlison dijatuhkan di dalam kotak penalti dan Neymar menyempurnakan sepakan untuk gol kedua Brazil, dan gol ke-76 dirinya untuk pasukan kebangsaan, kurang satu di belakang rekod sepanjang zaman milik Pele.

Richarlison kemudian menjadikan kedudukan 3-0 dengan jaringan menarik pada minit ke-29, disusuli dengan gol Lucas Paqueta tujuh minit kemudian. – REUTERS

Loading...
Terkini