comscore
Tumpuan :
Sukan

Selangor idam tamat kemarau 25 tahun julang Piala Emas Raja-Raja

Foto: Pialal Emas Raja-Raja

PETALING JAYA: Selangor berhasrat menamatkan kemarau 25 tahun menjulang Piala Emas Raja-Raja (PERR) menjelang pertembungan final menentang Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Kelana Jaya, Sabtu ini.

Pengurus pasukannya Saharom Mohni berkata keyakinan itu dilontarkan berdasarkan kemampuan barisan pemain muda di bawah kendalian Shaiful Nizam mencipta ‘magis’ dalam 90 minit perlawanan.

“Kita sudah melalui jalan sukar dalam kelompok ini, dan rentak permainan semakin baik apabila menang di peringkat separuh akhir ketika menentang Kelantan. Jadi semestinya kita mahu menamatkan penantian kejuaraan untuk edisi kali ini.

“Setakat ini semua pemain bebas daripada kecederaan. Kita tiada tekad lain selain muncul juara Sabtu ini,” katanya ketika ditemui pemberita di Kompleks Sukan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) di sini hari ini.

Kali terakhir pasukan Selangor meraih kejuaraan adalah pada 1997, manakala kali terakhir PDRM melangkah ke final pada 2016. – BERNAMA

Loading...
Terkini