comscore
Tumpuan :
Sukan

Separuh akhir Piala Thomas: Aaron-Wooi Yik raih mata penyamaan

PETALING JAYA: Malaysia berjaya mengikat kedudukan 1-1 menentang  China pada separuh akhir Piala Thomas di Chengdu menerusi gandingan Aaron Cia-Soh Wooi Yik yang mengejutkan pasangan nombor satu dunia Liang Wei Keng -Wang Chang.

Meskipun tampak tertekan dengan sokongan padu penyokong tuan rumah menyaksikan mereka tewas 15-21 pada set pertama, namun Aaron-Wooi Yik pantas bangkit pada set kedua.

Mereka berjaya mengheret saingan ke set penentuan apabila menguasai set kedua dengan kemenangan 21-12.

Set penentuan nyata sarat dengan debaran apabila kedua-dua pasangan saling mengejar mata.

Pada kedudukan 10-10, saingan terus sengit sehingga  mata terikat 17-17.

Bagaimanapun Aaron-Wooi Yik tetap fokus ketika lawan mula melakukan beberapa kesilapan.

Pasangan negara yang berada di kedudukan kelima dunia tidak menoleh ke belakang lagi, menambah empat mata  untuk kemenangan 21-17 pada permainan yang memakan masa 55 minit ini.

Dengan kedudukan terikat 1-1, tumpuan kini terarah kepada perseorangan kedua Leong Jun Hao yang ketika ini berdepan Li Shi Feng.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini