comscore
Tumpuan :
Sukan

Skuad renang rangka strategi sebelum ke Phnom Penh

KUALA LUMPUR: Setelah hambar pada Sukan SEA lepas dengan hanya satu pingat emas, skuad renang negara mengharapkan nasib lebih baik kali ini di Kemboja dari 5-17 Mei.

Jurulatih skuad renang negara Chris Martin berkata mereka kini sedang merangka strategi untuk mencapai keputusan yang diharapkan di Pusat Akuatik Morodok di Phnom Penh, dengan menyenaraikan 18 atlet renang.

“Kita telah menetapkan sasaran dan kita akan buat yang terbaik untuk mencapainya. Tahun lepas, kita peroleh lebih kejayaan dalam acara relay berbanding sebelum ini, jadi sesuatu yang baik,” katanya tanpa mendedahkan jumlah sasaran pingat.

“Seperti saya katakan, ini sebab kita anjurkan kejohanan di sini dan tiada siapa boleh mengatakan siapa menang. Daripada laporan, kolam renang di Phnom Penh sangat baik, lebih baik berbanding tahun lepas, kita teruja,” katanya dalam sidang media di Majlis Sukan Negara (MSN) di sini hari ini.

Pada edisi di Hanoi, Khiew Hoe Yean menjadi satu-satunya pemenang pingat emas acara renang di temasya dwitahunan itu menerusi acara 200 meter (m) gaya bebas lelaki, selain meraih empat perak dan dua gangsa.

Pencapaian skuad renang negara di Sukan SEA menyaksikan pernah meraih dua emas, dua perak dan tiga gangsa di Filipina pada 2019, 5-3-3 di Kuala Lumpur (2017), 3-4-4 di Singapura (2015), 4-4-4 di Myanmar (2013) dan 5-10-3 di Indonesia (2011).

Martin juga berharap barisan atlet renang negara tidak akan mengulangi kesilapan yang menyebabkan kem renang hilang pingat perak dan rekod kebangsaan tidak diiktiraf dalam acara 4x400m gaya bebas lelaki di Hanoi kerana kesalahan ‘false start’.

Berdasarkan keputusan Singapura dan Malaysia dibarisi Welson Sim, Lim Yin Churn, Hoe Yean dan Arvin Shaun Singh Chahal menamatkan siangan masing-masing di tempat pertama dan kedua diikuti Vietnam.

Bagaimanapun, pembatalan akibat kesalahan berkenaan menyebabkan Singapura dan Malaysia hilang kelayakan sekali gus menyaksikan Vietnam meraih emas, diijuti Indonesia dan Thailand dengan perak dan gangsa.

“Kami menjalankan latihan khas namun kesilapan tetap dilakukan, itulah bahang pertandingan. Kita tidak berada dalam keadaan itu, dan atlet agak gementar ketika itu tapi kali ini mereka akan lebih baik,” katanya.

Sementara itu, Jayden Tan, 18, berkata beliau optimis untuk meraih pingat berdasarkan prestasi semasa.

“Persediaan saya berjalan lamcar dan berharap dapat lakukan yang terbaik kali ini. Matlamat adalah untuk sentiasa lebih baik dan sudah pasti saya sasarkan pingat, khususnya dalam relay atau satu daripada acara rampaian individu,” katanya. – BERNAMA

Loading...
Terkini