comscore
Tumpuan :
Nasional

PM adakan kunjungan hormat ke atas Pengerusi Dewan Rakyat Vietnam

HANOI:Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan kunjungan hormat ke atas Pengerusi Dewan Rakyat Vietnam, Vuong Dinh Hue di Bangunan Dewan Rakyat, Hanoi pagi ini.

Datuk Seri Anwar dan Hue mengadakan perbincangan lebih 30 minit.

Antara lain perbincangan menyentuh mengenai langkah memperkasa peranan Dewan Rakyat melibatkan hubungan parti dengan parti serta kerajaan dengan kerajaan kedua-dua negara.

Perdana Menteri kini dalam rawatan rasmi dua hari ke Vietnam sejak semalam.

Datuk Seri Anwar kemudian akan menunaikan solat Jumaat di Masjid Al Noor sebelum mengadakan kunjungan hormat ke atas Presiden Vietnam, Vo Van Thuong.

Perdana Menteri dijangka berlepas pulang ke tanahair petang ini.

Loading...
Terkini