comscore
Tumpuan :
Sukan

SKUASY: Tiada hasil tanpa kerja keras dan dedikasi – Datuk Nicol

Legenda skuasy negara Datuk Nicol menunjukkan hadiah Juara Dunia Remaja yang dimenanginya pada 1999. – FOTO: Nicol David / Facebook

KUALA LUMPUR: Bekas jaguh skuasy dunia yang juga legenda sukan negara Datuk Nicol Ann David memberikan mesej dorongan penting kepada golongan wanita.

Ia sempena sambutan Hari Wanita yang diraikan Rabu ini di seluruh dunia dengan mengambil dirinya sebagai contoh ikutan.

“Saya memenangi gelaran sulung Dunia Remaja pada usia 15 tahun di Antwerp, Belgium. Ia membanggakan apabila menjadi atlet wanita pertama Malaysia yang memiliki Kejuaraan Dunia,” tulis Datuk Nicol menerusi hantaran di laman sosialnya.

Beliau menyoroti permulaan gemilangnya pada tahun 1999 itu di minggu Hari Wanita kali ini dengan mengharapkan golongan tersebut terus berusaha.

“Saya ingin mengingatkan wanita agar bercita-cita tinggi, berusaha gigih dan menumpukan tumpuan pada setiap perkara yang dilakukan. Tiada hasil tanpa kerajinan dan dedikasi.” tulisnya lagi diiringi perkongsian foto bersama hadiah juara 24 tahun lalu.

Datuk Nicol mengumumkan persaraan dari arena skuasy pada 2019, selepas mula menyertai pertandingan diusia sembilan tahun.

Beliau memiliki rekod memegang takhta pemain nombor satu dunia selama 108 bulan berturut-turut sehingga September 2015 diiringi sebanyak 81 kemenangan antarabangsa.

Loading...
Terkini