comscore
Tumpuan :
Sukan

Stadium Nasional Bukit Jalil adalah ‘multipurpose’ – Hannah

KUALA LUMPUR: Fungsi asas Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) adalah untuk ‘pelbagai guna’ dan tidak terhad kepada bola sepak sahaja.

Tegas Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh fungsi itu sudah pun diterapkan sejak sekian lama namun beliau akan memastikan prosedur operasi standard (SOP) penggunaan stadium diketatkan lagi termasuk tidak berlakunya pertindihan jadual penggunaan seperti sebelum ini.

“Stadium Nasional Bukit Jalil adalah ‘multipurpose’ dan sebelum ini memang selalu yang stadium ini berkongsi (penggunaan),” katanya ketika ditemui media selepas menghadiri acara Larian Datasonic H20 2024 di Padang Merbok hari ini.

Ujarnya, berkongsi bukan sahaja untuk bola sepak kerana konsert juga memberikan hasil dan ada peminat tersendiri.

“Sekarang ini, kita kena pastikan SOP itu diketatkan dan kita kena pastikan tak ada gangguan dalam jadual. Jadi konsert pun boleh, bola sepak pun boleh,” kata Hannah.

Sebelum ini, padang SNBJ menjadi bualan hangat apabila ia sekali mengalami kerosakan rumput selepas konsert Coldplay pada November tahun lalu, dan perkara itu membimbangkan ramai pihak terutama menjelang final Piala malaysia selepas itu.

“Apa yang berlaku pada (konsert) Coldplay itu mesti dielakkan dan Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) sedang berusaha untuk pastikan perkara sama tidak berulang lagi.

“Kita sedang berusaha secara bersama dan kita ada banyak pakar yang mahu memberikan cadangan kepada PSM,” katanya.

SNBJ selepas ini bakal menjadi venue untuk konsert penyanyi terkemuka dari United Kingdom, Ed Sheeran pada 24 Februari ini.

Loading...
Terkini