comscore
Tumpuan :
Sukan

SUKAN: BOLING: Zarif tamat penantian tujuh tahun Malaysia juara masters Asia

PETALING JAYA: Malaysia menyambar pingat emas terakhir di Kejuaraan Boling Asia Remaja apabila menjuarai acara masters lelaki.

Wan Zarif Ikram menceriakan kem negara apabila mengumpul 427 jatuhan pin mengatasi Jovi Ma dari Hong Kong.

Atlet berusia 17 tahun itu mengatasi lawan dalam kedua-dua permainan menerusi catatan 232 dan 195 berbanding 208 dan 177 sekaligus dibezakan 42 jatuhan pin.

Zarif sebelum itu menewaskan rakan senegara Ethan Damien Goh dalam penentuan pingat gangsa yang menyaksikannya melengkapkan hari bersejarah dengan menaiki podium emas.

Kali terakhir Malaysia muncul juara masters lelaki ialah 2017, menerusi Tun Hakim yang diiringi Puteri Nurul Dini ketika itu dilangsungkan di Kuching, Sarawak

Keseluruhannya, pencapaian skuad negara kali ini tetap baik dengan tiga emas dan satu perak serta dua gangsa.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini